assalamualaikum semua :)
dah lebih sebulan dah x update. biasa la, malas la katakan. hehe. sibuk le sekarang. aku dah masuk U balik. seperti biasa, masih di shah alam, masih di cempaka, masih di mawar. tempat yang sama, situasi sudah berubah sedikit. masuk degree, mawar blok 2b. keadaan pasti akan jadi lebih kelam-kabut x lama lagi.
anyway, roommate aku adalah budak APB, which is akademi pengajian bahasa. aku panggil dia kak nina. x pernah lagi aku sebilik atau satu dorm dgn orang yang lebih tua dari aku, even time mrsm dlu. tapi x pe, dia okay je.
degree ni plak masuk kelas LWB01D. mujurlah sekelas dengan acap, bieha, mun, nazi and fathy. kalau x, mmg aku loner la dalam kelas tu. x ramai budak luar, bape kerat je. ramai asasi shah alam. tapi bilangan lelaki dah bertambah. dulu time asasi 7 orang, sekarang 10 orang. dah la sorang2 badan tough macam malek noor. hehe. muka je legend, tapi hati cute. haha. pompuan plak byk muka dah kenal. ada dua tiga orang je budak baru. bleh dikatakan hampir 95 % budak degree part 1 adalah asasi uitm shah alam. bangga siot. haha. dah la batch ni paling ramai, 323 students. dulu 100++ lebih je.
setakat ni, kelas x la heavy sangat sebab baru masuk. so, banyak kelas yang x ada. sem ni ada empat subjek law, satu subjek english, satu subjek islam, satu subjek bahasa ketiga and satu lagi koko. aku dengan semangatnya masuk outward bound atau dalam bahasa melayunya kembara. aku mmg minat outdoor activity. ramai yang masuk kesatria sebab satu sem je. kembara ni tiga sem.so, bila dah masuk, kena la prepare physically and mentally. x ramai pun yang amik kembara. dalam 80+ je budak part 1.
tentang lecturer plak, mostly memang x kenal, or should i say, memang x kenal langsung. x pernah nampak muka2 mereka sebelum ni. bila dah blaja dengan diaorang, okay la jugakk. blaja bahasa perancis mmg best. nak2 lecturer yang ajar tu mmg sporting habis. nama dia dr. alexandre xavier. kelas gitu nama dia. haha. madam norliza yang ajar law of torts I pun best jugakk. kelakar and sempoi. lecturer yang ajar consti, sir ismail mmg baik. x serius. x garang. selalu senyum and ketawa dlm kelas. mmg comel la. haha. jgn main2, dia tu prof tau. haha
this sem mmg byk kena kuar duit. nak bayar buku la, yuran kolej lagi, duit tambang bas, makan and etc. buku2 law plak bukannya murah. ada yang beratus. kalau yang perlu tu, aku beli dulu. kalau urgent sangat, aku fotostat je. dok kat sini kena berjimat cermat. blaja kat uni mmg byk belanja. aku selalu kesian kat parents aku. selalu kena masukkan duit utk aku. duit yang ayah aku cari bukan utk aku sorang je. kat umah tu perlukan jugakk. bayar bil, makanan, minyak kete, rumah and etc. tiba2 buat drama sedih plak kat sini. huhu.
it's all about money bebeh
money can't buy everything, but it seems like these days, everything needs money. kalau orang kaya tu, maybe x terasa la kot bebanan tu. sebab mereka mampu. lain la dengan orang yg kurang berkemampuan macam aku ni. sebab itu, gov sediakan ptptn. hehe. aku pun mohon la. sebagai persediaan. kot2 emergency ke hape, bleh guna duit tu. sekali lagi diulang, utk EMERGENCY je. kalau nak buat joli2 tu mmg x la.
okay la everyone. got to go. a lot of things need to be settled. ingat dok U ni lenggang2 je? haha. sebelum berpisah, meh saya testing dulu bahasa perancis saya yang saya baru blaja dgn Dr. X:
okay la everyone. got to go. a lot of things need to be settled. ingat dok U ni lenggang2 je? haha. sebelum berpisah, meh saya testing dulu bahasa perancis saya yang saya baru blaja dgn Dr. X:
"bonjour, je m'appelle ida ismail."
okay. itu saja dari saya hari ni. jumpa bulan depan. bye *keh3. nampak bebeno malas nak meng'update'*
No comments:
Post a Comment