Sunday, November 21, 2010

kembali ke sekolah

assalamualaikum semua..


budak budak sekolah baru nak start cuti, aku dah kembali utk menyambung pelajaran aku kat uitm plak. haha. dah hampir dua bulan cuti tanpa buat apa apa, memang best. haha. otak ni maybe dah ingat x ingat je apa yg dah belajar dulu.
semalam baru first time aku tido kat bilik baru. 1A-04-32. tinggi gila dowh! semput and penat aku nak mendaki tangga tu. 4 tingkat tu! lama lama kurus la aku. haha. tapi tu memang aim aku pun. dok kat sini body kena fit sikit. haha. dah la dok tinggi tinggi, kelas dah la jauh plak tu.haha

roommate aku semua okay okay je. baru kenal gitu gitu je. masa first day yg daftar tu pun sempat tau nama je. tu pun dua orang je. sorang lagi baru kenal time aku balik tido kat sini. haha. x sempat. lepas daftar and letak letak barang, terus blah balik rumah abg long. haha.

semalam sempat juga pergi melawat bilik qila and dila. bilik diaorang memang jauh. jenuh aku nak pergi ke bilik diaorang. qila and jijah tingkat 4 blok b. dila tingkat 3 sama blok dengan aku. lama la jugak melepak kat bilik qila tu. layan movie thai. saja saja nak jumpa, lepas rindu kat diaorang. tapi roommate aku ni okay saja. baik baik semua. huhu.

dah la, setakat ni jela. nak gi mandi dulu. kelas start pukul 10.30 am hari ini. tiring day babe!



tata semua

No comments:

Post a Comment